Tuesday, January 4, 2011

Aku bukanlah seorang pelajar yang aktif di sekolah. Apa jua jenis sukan, persatuan beruniform mahupun kelab tidak pernah aku sertai. Apapun, semuanya berubah apabila aku memasuki tingkatan enam. Masa itu, aku hanya terfikir yang jika Surat Tamat Persekolahan aku tidak terisi dengan aktiviti Ko-k, maka ianya akan menyebabkan masa depan aku akan gelap. Dengan itu, aku terpaksa berbuat sesuatu.




Setelah lama berfikir, maka aku ingin menyertai Pustakawan sekolah. Ianya lebih mudah daripada Pengawas Sekolah dan aktivitinya selepas tamat waktu belajar dan bukannya pada hujung minggu yang aku suka gunakan untuk menonton rancangan katun.

Sebagai Pustakawan, aku memakai tali leher hijau dan blazer berwarna hijau. Lain sikit daripada pelajar biasa yang hanya memakai tali leher biru gelap. Pengawas pula memakai tali leher biru muda serta blazer biru muda. Ketua kelas pula memakai tali leher kuning.

Dari segi populariti, Pengawas adalah paling popular diikuti oleh Ketua Kelas. Kemudian, diikuti pula oleh pelajar biasa dan akhirnya adalah Pustakawan. Pustakawan tidak popular kerana mereka seperti budak skema yang bekerja bersama buku.

Tahun 2000… Sudah setahun aku menjadi Pustakawan comel di sekolah. Masa itu juga, aku sudah berada di tingkatan enam atas yang bermakna aku dan rakan-rakan adalah senior di sekolah.

Sebagai senior di sekolah bermakna aku juga Pustakawan Senior yang comel. Itu memaksa aku memikul tanggungjawab yang lebih berat. Aku diberikan jawatan Ketua Biro Komunikasi dan Maklumat. Tugas aku hanyalah menyampaikan apa-apa sahaja aktiviti perpustakaan sekolah kepada para pelajar.

Menyampaikan maklumat kepada pelajar lain boleh digunakan melalui pelbagai cara. Antaranya menggunakan poster, PA system di bilik guru ataupun melawat dari kelas ke kelas. Aku tidak mahu menggunakan poster kerana ia kurang berkesan selain kos serta kreativiti diperlukan. Aku juga tidak memilih untuk berucap menggunakan PA system di bilik guru kerana semua orang akan mendengarinya termasuklah tukang kebun, pak guard serta pekerja kantin. Jadi, cara aku ialah mengagih-agihkan tugas kepada anak buah serta diri aku sendiri untuk membuat lawatan ke kelas bagi menyampaikan segala maklumat aktiviti kami.

Sebenarnya, itulah kali pertama aku berucap depan orang lain secara formal. Perasaan? Gementar bercampur seronok walaupun pendengar aku hanyalah adik-adik di tingkatan 1,2,3,4, dan 5.

**********

Seperti yang aku nyatakan tadi yang aku ada anak buah. Anak buah aku ini sebenarnya adalah junior Pustakawan aku juga. Salah seorang daripada anak buah aku adalah seorang perempuan yang kecik molek. Dia suka mengajak aku bersembang sewaktu tidak sibuk bertugas. Dia juga sebenarnya baru di tingkatan empat ketika itu.

Aku melayannya seperti kawan-kawan perempuan yang lain yakni mereka hanya kawan sewaktu di kelas ataupun sewaktu bertugas semata-mata. Aku tidak berani melepak bersama budak perempuan selain masa belajar samada di luar pagar sekolah ataupun berjalan-jalan di bandar.

Suatu hari, disebabkan kami selalu bersembang sewaktu bertugas, tiba-tiba dia berkata, “Boleh saya jadik adik angkat awak?”. Aku terkejut tetapi sedikit teruja kerana itu adalah pertama kali seorang budak perempuan berterus terang untuk rapat dengan aku walaupun hanya sebagai Adik Angkat ku sahaja. “Hahaha. Boleh jugak”, jawapan ku ringkas seperti tidak terlalu serius. Mulai dari hari itu, kami secara rasminya telah menjadi adik beradik angkat.

Ada perbezaan ker? Rasanya tiada sebab kami berjumpa hanya pada masa bertugas sahaja. Mungkin kerana aku tidak pernah ada kawan rapat perempuan sebelum itu, maka aku tidak biasa mengajaknya untuk lepak di luar.

Mungkin bagi kamu, aku yang sudah berumur 19 tahun ketika itu yang tidak pernah melepak dengan budak perempuan adalah sesuatu yang pelik apatah lagi di zaman yang serba maju dan moden ini, namun itulah kebenarannya. Aku tiada pengalaman, tidak yakin pada penampilan diri, tidak tahu berfesyen dan yang paling penting aku tiada wang untuk berfoya-foya. Jika hendak mengajak perempuan keluar mestilah aku sebagai lelaki yang belanja. Bagi aku malu rasanya jika perempuan yang belanja kecuali mungkin sudah rapat dengan aku.

Selepas beberapa lama menjadi adik beradik angkat, Adik Angkat ku menyerahkan gambar miliknya serta nombor telefon rumahnya dicatat di belakang gambar berkenaan. “Eh… ada nombor telefon ni. Nanti aku telefon ya”, kata aku. Adik Angkat ku hanya tersenyum.

Baik sungguh aku berjanji untuk menelefonnya padahal aku tidak pernah menelefon perempuan sebelum itu. Jadi, pada suatu malam, aku membawa beberapa syiling berjumlah seringgit lebih ke pondok telefon yang jauh sedikit daripada rumah. Pada masa itu, handphone belum lagi satu alat wajib dimiliki oleh remaja kerana ianya mahal dan belum popular. Handphone yang ada ketika itu pun hanyalah yang bernombor 010 yang dimiliki oleh orang-orang kaya dan berjawatan besar.

Perasaan masa aku menelefon itu amatlah gementar. Suara ku gugup dan peluh sejuk ku mengalir laju di kepala. Apapun, akhirnya semua berjalan lancar walaupun aku tidak tahu apa yang hendak disembangkan ketika itu.

Selepas itu, aku memberanikan diri menggunakan telefon rumah secara curi-curi. Jika diketahui, aku takut dimarahi oleh emak.

Perkara yang mahu aku rahsiakan ini, terbongkar jua akhirnya kepada pengetahuan emak dan adik aku. Ia terbongkar kerana Adik Angkat aku menelefon ke rumah.

“Hello. Assalamualaikum. Luffy ada?”, tanya Adik Angkat ku.

“Waalaikumsalam. Siapa ni?”, tanya emak aku yang menjawab telefon tersebut.

“Ni adik angkat Luffy”, beritahu dia.

Apa lagi? Selepas itu, habislah aku menjadi bahan perli oleh emak dan adik. Aduh! Sungguh malu perasaan aku ketika itu. Maka, mulai daripada saat itu aku mula menjauhkan diri daripadanya.

Beberapa lama kemudian, aku sudah melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti tempatan. Aku sudah tidak lagi menghubungi adik angkat ku tetapi adik angkat ku masih cuba menghubungi rumah ku untuk mencari aku. “Adik Angkat mu telefon rumah“, beritahu mak aku. “Ahh… biarlah!”, kata remaja lelaki kepada emaknya sewaktu mereka bersembang di dalam telefon bagi menutup malunya.

Ringkasnya, Hubungan adik beradik angkat kami terputus begitu sahaja.

Sungguh teruk aku. Walaupun aku tiada perasaan berlebihan kepadanya, sepatutnya aku melayan dia baik. Tetapi, aku lebih kepada melarikan diri daripada perasaan malu.

Itu tidak mengapa. Apa yang paling teruk ialah... Aku sudah lupa namanya!


belajar ilmu ikhlas


"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

oengajaran
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


Monday, January 3, 2011

Tuhan itu ada!cm kita yg perlu mencariNya...Dia sentiasa ada dgn kita..:D


Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.




"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi," tanya si tukang gunting.



Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu berkata demikian?"
"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.
Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.

Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas.
Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"
Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.
"Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang di luar sana."
"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya tenang sambil tersenyum.
"Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di negara ini," tegas Manan.
Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.
jadi , kesimpulan yg dpt dibuat di sini .....sekiranya kita tidak melihat Allah , tidak bereeti Allah itu x wujud....Allah itu sentiasa ada..

aku malu akan dosa2 aku ya Tuhan!...

Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah melewati silam yang kelam suram...





Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.




Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasihNya.
Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunanNya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.
Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi.



sumber..Iluvislam.com







maaf lmbt wish happy new
 year....moga ibadah dan azam kita bertambah thn ini..:D

Sahabat, Cinta, Ujian, dan Ikhlas.
Semuanya adalah diantara struktur yang menjadi elemen dalam kehidupan manusia. 

Sahabat, betapa ramai sahabat yang kita punyai, namun saat-saat genting nanti, kita akan lebih mengenali siapa sahabat sebenar kita. Tiada siapa yang mampu tinggal dibumi ini tanpa sahabat. Bersahabat dan berhubungan sesama manusia itu adalah fitrah tiap makhluk. Sahabat adalah insan yang terdekat dengan kita selepas keluarga kita, dan ada juga sahabat lebih dekat dengan dirinya, berbanding keluarga sendiri. Namun sejauhmana kita memiliki sahabat yang sebenarnya sahabat? 




Cinta,
 betapa ramai manusia yang membuang ibubapa, membuang keluarga demi memenangkan cinta. Seolah cinta itulah yang segalanya. Kisah hidup kita tidak seindah kisah cinta yang dicanang dalam filem Hindustan, sahabatku. Adakalanya kita terlalu mencintai orang itu, hingga kita menjadi buta hati dalam menilai sesuatu kebenaran. 



“Bagaimana caranya kita nak tahu, orang tu betul-betul ikhlas cintanya kepada kita?” suatu petang setahun yang lalu saat berdiskusi tentang cinta, sahabat saya melontarkan persoalan yang mungkin juga sebagai topik perbincangan.

Saya mentah dalam soal cinta, saya tidak mempunyai kisah cinta yang hebat-hebat untuk dijaja kepada orang lain. Saya juga sedang mahu meraih sayang dan cinta. [ Ini bukan iklan cari jodoh okeh! ^^,]

“Cinta, Ikhlas.. duanya adalah misteri. Cintailah seseorang itu seadanya dia, teruskanlah niat yang baik itu jika cinta itu mengarahkanmu lebih mendekatkan cintamu buat tuhan. Tapi, jika cinta itu membuatmu jauh dari tuhan, redhalah untuk melepaskan cinta itu pergi, kerana mungkin cinta itu akan membunuh hubunganmu dengan tuhan.” 

Betapa ramai dikalangan kita terlalu mencintai manusia melebihi cintakan Tuhan. Betapa syiriknya hati itu tanpa sedar. Betapa ramai yang menggadaikan cinta buat Tuhan untuk meraih cinta dan perhatian manusia. Betapa ramai yang sanggup berkorban nyawa, membazirkan air mata untuk mendapat cinta manusia, yang tidak berhak untuk memilikinya. Ada juga yang sanggup membalas dendam kerana tidak berjaya memiliki orang yang dia sukai. Bila hati sudah dirasuk dan dihasut dengan bisikan syaitan, dia tidak akan pernah puas selagi orang itu tidak merasa sengsara. Moga terlindung daripada menjadi seperti ini.

Cinta yang sebenarnya cinta, adalah jika dia lebih mendekatkan kita kepada pemilik segala cinta.

Cinta yang sebenarnya cinta, adalah apabila kita berani untuk menghadapi kedatangannya, dan berani juga untuk melepaskannya.


Cinta itu tidak pernah berlebihan, cintai manusia sebaiknya, raihlah sayang Tuhan sesungguh-sungguhnya. Andai ditakdirkan si dia bukan tertulis di loh mahfuz buat kita, terimalah dengan redha. Redha itu memerlukan usaha. Usahalah untuk berlapang dada dalam menerima ketentuan itu. Walau pahit dan terlukanya perasaan kita, yakinlah Allah tidak menjadikan tiap sesuatu dengan kebetulan, semuanya pasti ada sesuatu yang Allah mahu ajarkan buat kita.



Hidup adalah ujian. Ujian tidak bermakna hanya kesusahan dalam hidup. Sedang kaya, mudah, susah, bahagia, derita, sakit, sihat, kenyang, Lapar, sempit, lapang, semuanya adalah ujian. Susah senang itu adalah ujian. Betapa lebih ramai yang lulus dalam ujian kesusahan, tapi sangat sedikit yang lulus apabila diuji dengan kesenangan. Ujian itu adalah nikmat sahabatku.

Ujian itu Nikmat. Seperti makanan. Makanan itu tidak bermakna dan tiada gunanya jika tiada ujian lapar. Makanan yang sedap itu juga sudah tidak terasa kelazatannya jika perut sudah kenyang. Maka, ujian itu membuahkan nikmat.
Sebab itu, Ujian itu Nikmat. Nikmat itu juga menjadi Ujian. Maha bijaksananya Allah.


Ujian yang mendatangi kita adalah tapisan. Tapisan untuk kita menjadi manusia yang berkualiti dalam meneruskan kehidupan. Tapisan?
Iya, tapisan. Pernahkah kita terfikir, saat kita difitnah manusia, saat kita dihinakan manusia, siapa lagi sahabat-sahabat yang akan terus disisi kita, terus menyokong kita, terus mempercayai kita?
Berapa ramai juga sahabat-sahabat yang sangat rapat dengan kita, meninggalkan kita hanya sebab-sebab tadi? Mereka tidak mengadili kita sebaiknya.
Di situ juga Allah sudahpun memberikan kita satu pelajaran. Pelajaran untuk memberikan kita ilmu dalam mengenali sahabat. Allah sayangkan kita. Justeru itu, DIA tidak mahu kita tersilap dalam memilih sahabat.

Sabarlah jika kita ditimpakan dengan ujian dalam kehidupan, sedang hidup ini juga adalah ujian yang tidak akan pernah berakhir, kerana akhirnya semua ujian ini apabila kita meninggal dunia. Maka tiada usaha lain untuk kita berjaya di akhirat, selain di dunia ini.

Bersabarlah buat yang sedang teruji. Sungguh semua ujian ini ada akhirannya, pasti akan berlalu. Kuatkan semangatmu, Yakinlah Allah tidak menjadikan semua ini dengan sia-sia. Banyakkan pengaduan kepada tuhan, ketenangan itu ada di situ. Jadikan sedih itu sebagai jambatan untuk mengubah diri dan lebih mendekati cinta Tuhan. Allah itu dekat. Lebih dekat dari urat leher kita sendiri. 

IKHLAS. Betapa ikhlas itu dalam rahsia Allah. Hanya Allah yang tahu letaknya ikhlas itu dimana, kerana nilaian Allah tidak sama dengan Nilaian Allah. Sedang kita merasa ikhlas itu juga belum lagi ikhlas, Wallahu’alam, Ikhlas itu milik Tuhan, Ikhlas itu kepunyaanNYA. 
Sahabatku, bersabarlah jika di uji dengan kerenah manusia yang mendatangkan kemarahan kita, atau mencabar kesabaran kita. Kuatkan tawakkal dan pergantungan hati kita kepada Allah. Allah itu Maha Adil, mintalah kepadaNya, Dia maha mendengar, Maha melihat, Maha mengetahui, Maha memahami. Jiwa tiap makhluk itu dalam genggamannya. Bila kita serahkan semuanya pada Allah, ujian tadi akan menjadi terlalu kecil jika dibandingkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

Sedang ujian itu tanda Sayang Allah buat Kita. Balaslah panggilan sayang Allah itu dengan redha dan rasa syukur, saya pasti selepas ujian kesusahan itu berlalu, kita akan menilai semula kita belajar sesuatu yang baru daripadanya. Jangan mengeluh dan putus asa dengan rahmat Allah.

Janji ya, kita perlu kuat untuk hadapi ujian kehidupan. Ingat kata-kata saya, Ujian itu adalah penapis. Penapis untuk kita dapatkan yang terbaik dalam kehidupan. Moga kita terus menjadi 

Sunday, January 2, 2011

orang selalu tny mcm ni kan..

hmb Allah : awk suka sapa??

kita yg membenci soalan tu : x dak sapa..awat?

hmb Allah : bohonglah..mesti ada sapa2 tu..

kita yg membenci soalan itu : btui..awat wajib ka suka oghang tu?

haiyaaa....itu hak asasi manusia kan??biarlah rahsia..:p

cinta Allah sahaja yg layak dikejar ...;)

cinta manusia kita abaikan dulu....

bagi sesiapa yg nak kawen ....cr lah org yg kuat pegangan agama krn agama itu sgt penting...dan org yg kuat  pegangan agama pasti akan bahagia..insyaAllah...